Pages

Sunday, 24 April 2016

#Bijak Wang 2 : Strategi untuk buat RM1 Juta aset dengan cepat dan bijak

PELABURAN LEBIH BIJAK TAHUN 2016

Sudah lama saya tak berkesempatan untuk menaip di blog untuk tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca blog saya yang akhirnya juga menjadi klien yang saya sayang. Entri kali ini lebih menarik dengan beberapa kesinambungan yang sangat bermanfaat untuk anda membuat pilihan.

Apabila kita bekerja keras katakanlah untuk sebab mengumpul kekayaan kepada keluarga yang tersayang, sedarkah kita menyimpan wang ke dalam akaun bank simpanan semata-mata BUKAN satu tindakan yang bijak? Hal ini disebabkan beberapa faktor contohnya inflasi yang belum dikira kadar tahunan, lemah disiplin untuk menyimpan wang dan tiada masa untuk membaca kaedah yang lebih bijak. Saya memberikan beberapa contoh kes berdasarkan konsultansi "Islamic Estate Planning" saya, antaranya:

Situasi 1:

Tuan Othman, berumur 53 tahun, mempunyai simpanan RM200K di ASB, simpanan RM50K di Tabung Haji, dan simpanan RM300K di Koperasi Felda (KPF). Beliau berhajat untuk membuat Hibah Amanah ASB yang anggaran kos keseluruhan yang akan dikira untuk Hibah Amanah ASB adalah RM2,300.

Adalah lebih baik sekiranya Tuan Othman menyertai pelan takaful "Income Protection" yang ada disediakan oleh penyedia takaful terutamanya yang disertakan FREE HIBAH. 
*Tempoh sumbangan se-minima 5 tahun sahaja dan melindungi keluarga jika terjadi apa-apa pada pembayar* (ciri-ciri yang best)

Bagaimana pula untuk melangsaikan hutang-hutang anda?

Kepentingan Hibah...

Hibah sangat penting kerana terkeluar daripada proses faraid yang memakan masa 4-6 bulan sekiranya anda ada melantik wasi dan memilih bantuan pakar perancangan harta pusaka. Secara amnya, waris Hibah boleh memperolehi wang si mati dalam 21 hari hingga sebulan sahaja. Hutang-hutang anda juga boleh diselesaikan dengan lebih cepat oleh waris. Hutang-hutang yang ada boleh termasuk hutang kad kredit, hutang pinjaman kereta, hutang PTPTN/MARA, dan sebagainya. 

Sabda Nabi dalam riwayat Imam Muslim, "Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang."

Oleh itu, anda sudah sedar Hibah sangat penting, bukan? 



Bagaimana pula pelan ini boleh digunakan untuk membeli rumah baru dengan lebih cepat, mudah dan lebih murah?
Bersambung...



Nota kaki: Penulis merupakan 'consultant' bertauliah untuk Islamic Estate Planning dan berpengalaman di bawah beberapa Trustee...Hubungi call/whatsapp untuk Perancangan Harta Pusaka/ Wasiat/ Hibah di 019-2779757

Thursday, 9 April 2015

Pengalaman bersalin anak sulung yang dipermudahkan

Alhamdulillah, saya dipermudahkan untuk melalui saat-saat bersalin bersalin anak sulung. Bagi saya Allah mudahkan kerana:
  1. Hanya 3 jam di Labour Room di wad bersalin.
  2. Saya bersalin normal dan ditemani suami dari A-to-Z yang sempat drive dari KL ke Hospital di Kuala Terengganu.
  3. Saya hanya merasa betul-betul sakit contraction pada bukaan 6 cm. Bukaan 4 - 5 cm masih biasa, tiada sakit contraction dan berselera makan nasi bungkus mintak mak belikan.
  4. Susu dada saya melimpah keluar sejak 2 minggu sebelum bersalin (colostrum) sehingga basah baju. Anak saya keluar je boleh menyusu badan.


Sebelum lupa, haa nih nak kongsi saat-saat saya melahirkan anak sulung supaya senang nanti saya nak ingat balik ;p

Rabu: 18 Mac 2015

12 pagi : Tengah baring nak tido, terasa ada air keluar, (berlengas orang pantai timur kata), tak banyak pun dan tak sakit. Macam shhhh, rasa terkencing tiba-tiba macam tu. Beritahu kat mak, haa..mak kata itu tanda bersalin tu. Itu lah air ketuban. Perasaan? Rasa happy jugak sebab akhirnya tanda yang ditunggu dah keluar. Hehe.

1 pagi : Mula rasa sakit kat bawah. Rasanya inilah contraction sebab sekejap tapi kerap. Sebelum ni banyak dah dok google kat blog tentang rasa sakit nak bersalin, haa memang camni lah sakitnye. I pun download application kat Google Playstore “contraction timer”. Nak rekod berapa lama sakit setiap kali contraction.

3 pagi : Mak tido kat sebelah (sebab suami masih di KL tak tahu ape-ape). Hehe tenang dan best sangat bila sakit contraction datang, dapat pegang tangan mak dan sakit tu pun hilang. Macam tak sakit sangat pun, rasa sakit kena gigit semut kerengga je sakit contraction tu. Berguna tau apps contraction timer tu. Sedar tak sedar, baru perasan yang sakit tu makin kerap, setiap 5 minit – 10 minit dan tempoh sakit datang dalam 1 minit.

6 pagi : Tengok jam, laa hari dah nak masuk subuh rupanya. Bila sakit sikit-sikit, kita pun tak sedar time flies very fast. Tapi yang pasti, semalaman I ngan mak tak tido rupanya. Mak tak merungut pun, setia je usap anak dia bila datang sakit yang lama tu.

8 pagi : Abah beli nasi dagang kat kedai dalam kampung ni haa. Mak kata tak petang ni, malam nanti bersalin la tu. Hehe..masin sungguh mulut mak tau. Whatssap nurse klinik desa, Su namanya. Kate die, datang klinik pukul 8 pagi lebih boleh? Kita request dia datang rumah tapi sekali kena g klinik daa untuk nurse check bukaan (cm).

9 pagi : Kat klinik, dengan lambatnya, hampir pukul 10 nurse seluk tengok bawah. Sorang nurse tu, kata I ni keputihan kot. Sebab sebelum ni ade rekod mengadu keputihan kan. Huhu. “Tak la nurse, saya sakit nak bersalin nih sebab air berlengas dan saya tak tido, sakit contraction kerap semalam”. Huhh..sabar je la. Akhirnya, nurse tu cakap ikut tangan dia, baru 1 cm. Nurse Su cadangkan pergi ke klinik daerah untuk jumpa doktor untuk admit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah sebab dah terlebih hari, 40 minggu 6 hari. T_T.

11 pagi : Standby beg dalam kereta, dan bagitahu suami untuk get ready. Biras cakap anak sulung untuk buka 1 cm lambat...Dalam blog pun cakap bukaan 1 cm ambil masa 1 jam untuk anak sulung.
Tapi Alhamdulillah, dengan takde rasa sakit langsung, mintak mak nak beli air tin dan tawaf 3x klinik daerah tu dulu sebelum masuk, akhirnya jumpa doktor, katanya I dah buka 3 cm. Whatsapp suami, terkejut dia sebab dia baru nak bertolak ke Terengganu pukul 12 tghari nanti.

1 tghri : Sampai Hospital bersalin dengan naik ambulans yang laju macam pelesit kata orang. Dari K. Berang ke K. Terengganu yang ambil masa  45 minit jadi setengah jam ja. Dan dan doktor check bukaan dah 4 cm ke 5 cm. Haha. Rasa terkejut sebab tak rasa sakit pun. Tanya nurse, lepas ni ada makanan tak kat wad? Nurse cakap kes I nih kena admit ke Labour Room (LR) terus. Mak aih..mujur mak ikut naik ambulans. Terus cepat-cepat mintak mak belikan nasi sebab lapar teruk. Huhu.

2 petang : Admitted LR. Doktor check graf CGT, keluarkan air kencing ikut saluran paip kecil (sakit sikit) dan dia pecahkan air ketuban. Rupanya pecah air ketuban tu tak sakit bila dia seluk dan kita rasa air yang banyak keluar. Tapi..lepas tu contraction makin kuat datang. Lepas tu, sempat I telefon suami tanya dia kat mana dah. “Sejam lagi abang sampai, duk drive sehabis cepat dah nih”...

4 petang : Tengah tahan sakit sambil baca doa nabi Yunus, baca surah 3 Qul, dan niatkan sakit ni supaya Allah hapuskan dosa-dosa kita yang dah lalu..membuatkan sakit tu cepat hilang. Dan waktu ni terasa tangan dipegang. Suami dah sampai sambil dia senyum dan pasangkan rakaman mengaji surah Maryam.

Nurse datang. Mintak dia check bukaan sebab sakit sangat. Bukaan dah 6 cm.

4.30 petang : Sakit rasa nak angkat pinggang. Pesan banyak kali kat suami,  “Abang tolong tengok takut sayang terangkat punggung”. Nurse datang check lagi bila cakap sy dah nak berak sangat nih. Bukaan dah 9 cm.

Tak lama tu, nampak satu team datang hadap. Push...push... push...!!!”Nampak kepala anak awak dah tu”. Dapat dengar doktor panggil suami yang ada kat penjuru kepala katil untuk datang ke depan tengok kepala anak. Sekali suami dan doktor suruh teran lagi..sebab anak dah nak keluar.  Yang I ingat, nurse tak putus-putus cakap “sambung...!!”. Memang selama contraction dan meneran tu, I buat deep breath. Tarik nafas dalam..dan lepaskan perlahan-lahan kat mulut.

ALHAMDULILLAH...Aneeqah Farzana, anak perempuan sulung kami selamat dilahirkan tepat jam 5.01 petang pada 18 Mac 2015. Terasa panas darah kat bawah bila baby dah keluar. Cepat ja masa. Terus baby dibawa ke dada kita untuk didakapkan. Yang kelakarnya, mata baby dah celik luas..dan yang ditengoknya, muka papa dia..bukan mama..hehe...

TIPS bersalin saya boleh klik link ni tips mudah bersalin saya










Monday, 9 March 2015

Menghitung hari genap 40 minggu - pengalaman nak melahirkan


Hari ni, tinggal lagi 2 hari untuk cukup genap 40 minggu mengandungkan anak sulung. Aaa...jenuh dah tunggu kat kampung untuk baby keluar. Saya punye encik suami Perfect 10 pun dah ambil cuti seminggu untuk standby saya bersalin. 

Usaha - usaha untuk mudahkan saya bersalin, semua tips saya dah ikut. 

p/s: Alhamdulillah saya dah selamat bersalin normal. Memang Allah mudahkan, hanya 3 jam sakit bersalin betul di Labour Room. boleh baca link di sini pengalaman bersalin saya

Antaranya:.

1. Baca surah Maryam dan Yasin selalu

Khatam al-Quran pun dah, lega untuk amalkan surah-surah yang cepatkan bersalin. Setiap hari saya baca surah Maryam sambil berdoa niatkan Allah mudahkan dan cepatkan baby keluar. Lepas tu, saya bergilir dengan surah Yasin. Solat hajat pun saya usahakan.

2. Berjalan kaki 

Setiap pagi sebelum makan pagi, sejak suami balik kampung, kami akan berjalan kaki agak jauh jugalah. Jalan kaki laju pulak tu. Last tu, kami singgah warung kedai makan yang ada dalam kampung Jenagor nih. Hahaha. Memang tour jalan-jalan cari makan sungguh.

Setiap petang pun sama. I merayu manja untuk encik suami temankan pergi jalan-jalan. Sebelum suami, abah yang temankan. Ada yang I jalan sengsorang. Usaha non-stop tanpa jemu sungguh. Kuala berang pun kami dah pergi pusing dah. Pergi taman permainan tepi sungai, padang astaka, lalu deretan kedai berulang kali sampai suami yang penat. Mak buyung menang lagi tau. Tenaga yang ada rasa kuat sungguh, semata-mata nak baby mau keluar awal. hukhuk. Bila tengok suami penat macam tu, kesian pulak, jadi belanja la dia jus blended campur aiskrim. Hehehe. 

p/s: Semalam ajak abah dan suami temankan pergi jalan-jalan kat Kuala Terengganu. Start dari Paya Keladi Square kami pusing, lalu Pasar Payang, Istana Maziah, dan patah balik ke Paya Keladi, abah orang pertama angkat bendera 'kalah'. Hahahaha.."kuat sungguh mung nih". Belanja la dorang pulak ice-blended. Hehehe.

3. Duduk bertinggung macam nak jalan itik 

Macam mak I, duduk bertinggung memang dah tak dapat der..Solat pun duduk bila dah 9 bulan. Tapi lain anak dia..berus kain yang dah direndam dalam baldi tiap-tiap hari tu la senaman itik nya. Hahaha. Walapun dah nak dekat 40 minggu, I boleh lagi bertinggung tau basuh kain macam orang yang tak mengandung.

4. Minum air kelapa

Duduk di kampung, belakang rumah memang banyak pokok kelapa yang rendang. Apa lagi, masa mula-mula balik kampung, tiap -tiap hari abah atau mak mengopek buah kelapa muda nak bagi amk buyung makan. Nikmat nye perghh.. Pulak tu, minum dan korek isi kat pangkin bawah pokok manggis yang rendang. Dahla percuma, jika nak dibandingkan dengan duduk di bandar. Suasana sungguh menyamankan. Hehehe...

5. Rajin bersama dengan suami

Ehem- ehem, sejak suami balik kampung nih, gila- gila la mak buyung menggoda dia. Ahahaha ;p

6. Rajin solat Dhuha

Solat Dhuha memang pembuka rezeki. Selepas bersalin, susu badan I memang banyak sehingga banyak stok susu walaupun baru beberapa hari bersalin. Rezeki baby ;). Alhamdulillah, mungkin juga selain solat Dhuha hampir setiap hari sepanjang saya mengandung hingga sarat, dan juga amalan mengaji surah-surah yang disarankan untuk ibu mengandung, bayi senang sangat dijaga semasa I berpantang. Setakat ni, bayi tak meragam dan hanya merengek bila mahu menyusu dan kencing/berak.

7. Bercakap dengan baby dalam perut

Tiap- tiap hari pujuk baby untuk keluar cepat dan mudahkan mama dia. Huhu. Bukan apa, kesian kat encik suami, dia dah ambil cuti seminggu. Lepas seminggu nih, cuti susah dah. Takut sangat nanti kena induce, suami takde untuk temankan. Kita pun sangat risaukan suami kalau dari KL nak ke Terengganu sengsorang sebab dia mudah mengantuk masa memandu. Ya Allah, mudahkan urusan kami...Lagi satu, 4 hari lagi ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Nak sangat hadiah baby kami kat suami dan mak tok dia.

..................................................................................

Cara - cara yang lain pun saya ada buat. Siap belanja mak abah g Kota Kinabalu menikmati percutian 4-5 bintang gitu selama 3 hari 2 malam 7 hari sebelum saya due. Niat pertama, untuk gembirakan mak abah yang bertungkus-lumus untuk kenduri kahwin saya dulu. Keduanya, mak abah tak pernah naik kapal terbang dan honeymoon jauh- jauh. Ketiganya, nanti mak abah sibuk urusan jaga saya berpantang, cucu dan urusan kenduri kahwin adik 5 bulan lagi. Terakhir, semoga anak saya yang nak keluar ni akan berbakti dan baik kepada ibu bapa macam mak dia. Ehehehe. ;p

Ok sekian mencoret blog sebelum bersalin. Nanti nak update pengalaman bersalin pulak. Hee ~

p/s: Love u so much encik Suami Perfect 10! Sebab sanggup melayan karenah saya sebelum melahirkan baby kita.



Thursday, 15 January 2015

Masalah yang timbul apabila tidak membuat Perancangan Harta Pusaka: Mengapa dan bagaimana atasinya

Tahun 2007 = RM40 billion
Tahun 2012 = RM52 billion
Peningkatan sebanyak RM12 billion atau 30% dalam masa 5 tahun!
harta pusaka
Masalah pengurusan harta pusaka ini semakin membarah di dalam masyarakat umat Islam kita pada hari ini. Jumlah RM52 billion tersebut merupakan harta beku yang tidak dapat disalurkan kepada waris yang berhak menerimanya. Majoritinya merupakan harta tidak alih seperti tanah dan rumah. Manakala harta alih seperti wang simpanan lebih mudah diuruskan.
Apa yang akan jadi kalau seseorang meninggal dunia?
DEATH > NO CLAIM > FROZEN IN FINANCIAL INSTITUTIONS --------------after 7 years---------GO TO REGISTRAR OF UNCLAIMED MONIES (Pendaftar wang yang tidak dituntut)
Maksudnya:
Beku.
Tidak digunakan.
Tidak dapat dimanfaatkan.
7 Sebab Kenapa Harta Umat Islam Beku
1. Waris tidak tahu proses tuntutan
Waris tidak tahu ke mana mereka perlu pergi untuk menuntut harta pusaka tersebut. Kita hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku.
2. Pengurusan harta pusaka melibatkan kos yang tinggi
Mengikut Akta Probate & Pentadibiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut. Kalau harta RM1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah RM50,000. Kos yang tinggi ini menyebabkan ramai waris berputus asa untuk meneruskan proses tuntutan harta pusaka ini. Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka tersebut seperti peguam dan syarikat trustee.
p/s: as-Salihin Trustee Berhad mengenakan caj 1.8%.
3. Tidak ada kesepakatan antara waris
Sekiranya waris bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Lebih parah sekiranya waris bergaduh sesama sendiri berebut harta yang ditinggalkan.
4. Waris tiada masa urus pusaka
Urusan tuntutan harta pusaka ini perlu dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi. Mereka yang bekerja di bahagian ini juga mempunyai waktu pejabat seperti orang lain. Maka, waris perlu uruskan semuanya ketika office hour. Agak susah sekiranya semua waris bekerja secara sepenuh masa dan susah untuk mendapat pelepasan atau cuti bagi menguruskan hal tersebut.
5. Waris tidak tahu hukum faraid
Ilmu faraid ini jarang disentuh dan dikupas secara mendalam samada di sekolah, universiti mahupun di pengajian di masjid-masjid. Ramai yang menganggap ilmu ini tidak penting. Apa yang ditakuti adalah apabila kita termakan hak orang lain secara batil. Haram dan berdosa.
6. Harta yang ditinggalkan kecil
Mungkin anak-anak si mati sudah mempunyai kerjaya sendiri dan berpangkat besar. Apalah yang nak disibukkan dengan sebidang tanah di kampung. Mungkin itu cetusan hati mereka menyebabkan waris membiarkan sahaja harta tersebut tidak dituntut. Walhal mereka perlu ingat, tanah sekangkang kera itulah yang membesarkan mereka adik beradik sehingga berjaya. Daripada terbiar begitu sahaja, baik tuntut terlebih dahulu. Jika tak mahu, jual sahaja dan hasil jualan tersebut wakafkan untuk membuat masjid dan sebagainya. Pahala wakaf tersebut akan terus mengalir kepada si mati sampai bila-bila.
7. Proses tuntuan harta pusaka memakan masa yang lama
Sebab utamanya adalah tidak ada kesepakatan antara waris atau waris yang berhak menerima sudah meninggal dunia terlebih dahulu. Maka, waris seterusnya adalah anak kepada penerima tersebut yang mungkin sudah ada kehidupan masing-masing di tempat lain. Hendak cari mereka semula itu yang susah dan memakan masa. Tidak ada kesepakatan juga menjadi isu utama. Bergaduh di mahkamah bertahun-bertahun berebutkan harta si mati.
Kesimpulannya, buat persiapan dari sekarang ketika masih hidup. Di dalam bidang pengurusan kewangan, bahagian ini dinamakan estate planning atau wealth distribution. Anda boleh gunakan hibah,wasiat atau faraid untuk uruskan harta anda apabila anda sudah tidak ada nanti.
Jangan biarkan waris kita tidak mendapat harta yang kita kumpul selama ini.
Rujukan:
BAGAIMANA MENGATASINYA?
Selain Amanah Raya Berhad, pakar perancangan harta pusaka Islam yang lain adalah as-Salihin Trustee Berhad. 
Penting untuk anda membuat perancangan harta pusaka atau wasiat jika anda; 
  • Samada pihak suami atau isteri, mahu memberi lebih bahagian harta/aset kepada pasangan?  (isteri hanya dapat 1/8 sahaja jika mengikut prosedur biasa/faraid)
  • Wanita yang sudah berkahwin (jika BERMADU atau untuk memudahkan tuntutan harta sepencarian)
  • Mempunyai anak-anak perempuan sahaja/tidak ada anak lelaki
  • Tidak mempunyai anak dan mengambil anak angkat (anak angkat tidak boleh mewarisi harta peninggalan si mati)

Contoh aset: 
  1. Rumah (beli selepas berkahwin)
  2. Saham
  3. Polisi insurans
  4. Akaun simpanan
  5. KWSP
  6. Unit Amanah


 


Anda boleh rujuk Q & A mengenai faraid di link ini:
Sebarang pertanyaan atau berminat membuat perancangan harta pusaka, boleh hubungi saya.

Nota: Penulis adalah penasihat kewangan bertauliah daripada CIMB-Principal Asset Management yang juga bertauliah untuk membantu anda menguruskan harta dengan "Islamic Estate Planning" di bawah pentadbir as-Salihin Trustee Berhad. Hubungi saya 019-2779757 atau email di saidah.cimbprincipal@gmail.com

Prediction utk tahun 2015 dan 2016 - Harga hartanah akan jatuh dan kurang baik utk pelaburan.

Okay. Nak kongsi apa spekulasi untuk pembelian hartanah pada tahun harga barang naik nih. Tak faham, komen la yer...

Antara hujah2 kawanku yg pakar ekonomi.
1. Supply rumah sudah melebihi demand. Sama ada demand utk membeli kurang ataupun demand keupayaan utk membeli dengan gaji sekarang tak mampu.

2. Harga melampau - membuat bank akan lebih ketat dalam memberi loan. Pemilihan tempat dan keupayaan menjadi lebih strict. Kurang loan diberikan - rumah tak terjual banyak.

3. Rumah br nak bina / dalam pembinaan - risiko harga barang naik ekoran ekonomi negara tak tentu - menyebabkan banyak projek bakal terbengkalai.

4. Tiada pulangan investment - kononnya nak beli dan jual bila dapat kunci - tp tak boleh jual kerana tiada pembeli - terpaksa tanggung bulanan sehingga ekonomi ok balik.

5. Ekonomi negara terumbang ambing ekoran kejatuhan main income negara (minyak) dan juga kejatuhan nilai wang ringgit - BNM mungkin tingkatkan interest - effect bank - kekurangan fiscal wang utk dilaburkan (duit takdak) - bank akan kurangkan kadar pinjaman perumahan - rumah tak terjual - developer sakit - projek terbengkalai dan trus jatuh..


Sama ada betul atau tidak. Kita tunggu dan lihat. Moga tak terjadi la mcm ni. Kalau tak. Kita yg akan suffer. Semoga semuanya hanya kata2.

Rasyaik Murad (my husband). Hewhew~
‪#‎16JAN15‬

Bijak wang > Pelaburan untuk tahun 2015: Info yang anda patut tahu mengenai Unit Amanah a.k.a. unit trust

Apabila ada kawan-kawan yang bertanyakan 'kat mana aku boleh letak dan simpan duit aku ha?'. Satu jawapan saya dari dulu sejak zaman belajar di UiTM dan sehinggalah saya sambung belajar Master di UK : Simpanlah dengan dividen a.k.a. Unit Amanah.

Untuk tahun 2015, apabila ringgit jatuh pada paras terendah sejak tahun 1998, kita takut akan kebolehmampuan kita untuk membeli (kuasa membeli) barangan kerana keadaan ekonomi semasa. Pernah dengarkah kita...
  • "kadar inflasi Malaysia melonjak 3.4% tertinggi dalam masa 9 bulan pada 2014?"
  • "kebimbangan pelaksanaan GST akan menaikkan harga barangan sedangkan gaji kita tak naik-naik?" 
Pernah dengar buku Poor Dad, Rich Dad by Robert Kiyosaki? Perbezaan ketara di antara Rich Dad dan Poor Dad adalah cara mereka berfikir tentang duit.
Cara berfikir menentukan tindakan. Tindakan akan membenih hasil. Apa yang penting di sini adalah:
“Jangan bekerja untuk duit. Tetapi buat duit bekerja untuk kita.”

 

 









Berdasarkan kepada kenyataan beberapa pakar ekonomi negara, kita SANGAT DISARANKAN untuk menyimpan wang supaya kita ada cukup tabungan untuk beberapa tahun lagi untuk tujuan seperti menunaikan umrah, haji, membeli rumah, bayar muka kereta dan sebagainya. Memandangkan unit amanah menawarkan pulangan pokok beserta dividen yang tinggi setiap tahun (minimum 10-15% dividen/setahun), sekarang adalah masa yang sangat tepat untuk mulakan simpanan anda. 

Mengapa sekarang? tahun 2015?

  1. Apabila ringgit jatuh, lebih banyak unit yang anda dapat beli. Ini adalah kerana unit amanah atau saham amanah adalah pelan pelaburan yang diluluskan oleh Ministry of Finance dan Securities Commission Malaysia (SC) yang mengumpulkan wang pelabur di bawah satu dana (fund) pilihan.
  2. Unit amanah SANGAT DIGALAKKAN bagi pelabur yang tidak mahu mengambil risiko yang tinggi dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam seperti saham.
  3. Unit amanah menggunakan konsep Dollar Cost Averaging (DCA) iaitu pelabur yang melabur secara konsisten (membuat simpanan bulanan yang tetap atau menggunakan KWSP akaun 1) boleh mendapat harga purata untuk pembelian unit dan dividen seterusnya.
  4. Anda boleh berhenti menyimpan dalam dana pilihan (fund) apabila anda telah mencapai target dividen 10-15% dividen setahun (the longer you invest, better return you will get), dengan tempoh minimum simpanan selama 3 tahun.

Dengan beberapa pilihan simpanan seperti Skim Persaraan Swasta "Private Retirement Scheme" (PRS) dan Regular Saving Plan (RSP), tidak mustahil kita boleh mendapat target wang yang kita mahu. Apa itu PRS?


PRIVATE RETIREMENT SCHEME
  • Pembukaan akaun minimum RM100.00
  • Simpanan bulanan RM100.00 selama setahun
  • Rebat cukai sehingga RM800.00 bergantung kepada jumlah cukai yang dibayar selama setahun
  • Insentif daripada kerajaan (selagi peruntukan ada), RM500.00 percuma kepada pelabur PRS yang berumur 20 hingga 30 tahun.
  • Wang simpanan dalam PRS hanya boleh dikeluarkan pada umur persaraan KWSP iaitu pada umur 55 tahun. (p/s: Ini adalah akaun persaraan kita yang ke-2 selain KWSP. KWSP hanya boleh menawarkan dividen setahun 5-6% VS skim PRS yang boleh menawarkan lebih 15% dividen setahun)
  • more info mengenai insentif PRS boleh klik di sini : http://www.ppa.my/prs/prs-youth/prs-youth-incentive/
  • Disimpan di dalam dana Islamik yang terbaik di CIMB

REGULAR SAVING PLAN

  • Pembukaan akaun minimum RM1000.00
  • Simpanan bulanan minimum RM200.00 (RSP vs ASB Loan: RSP bukan loan tapi ini adalah simpanan yang dibuat keluar)
  • Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
  • Disimpan di dalam dana Islamik yang memenangi banyak anugerah dan popular di CIMB

Selain daripada simpanan untuk mendapat pulangan dividen yang tinggi menggunakan wang sendiri, kita juga boleh menggunakan simpanan KWSP/ "EPF" akaun 1. 

KWSP anda...

Suka dimaklumkan, adalah RUGI jika kita hanya membiarkan KWSP akaun 1 yang hanya dibenar untuk dikeluarkan oleh kerajaan sebanyak 20% itu begitu sahaja dalam KWSP. Adakah wang KWSP kita boleh mencecah RM2 juta pada umur persaraan? Mengikut kajian, wang persaraan KWSP yang kita peroleh pada umur 55 tahun kita boleh habis dalam 3 tahun sahaja jika dibiarkan begitu sahaja. Memandangkan kenyataan oleh pakar ekonomi negara yang menyatakan RM2 juta perlu ada untuk persaraan nanti, kita harus bertindak untuk 'beranakkan' atau menggandakan wang KWSP kita bermula sekarang.




Untuk maklumat lanjut mengenai pelan KWSP, PRS atau Regular Saving Plan, boleh hubungi saya terus melalui whatsapp/mesej di nombor 019-2779757 atau emelkan kepada saidah.cimbprincipal@gmail.com.



Nota: Penulis adalah penasihat kewangan bertauliah daripada CIMB-Principal Asset Management yang juga bertauliah untuk membantu anda menguruskan harta dengan "Islamic Estate Planning" di bawah pentadbir as-Salihin Trustee Berhad.

Daisypath - Anniversary