Pages

Friday 1 March 2013

Cara-cara mohon Sambung Belajar ke Luar Negara

Salam,

Atas permintaan ramai (macam artis nak sambung 'show' pulak,=P ), Saidah ringkaskan cara-cara nak mohon sambung belajar. Tak kisahla nak sambung Profesional Certification (ACCA atau sewaktu dengannya), Master (MSc @ Mphil) atau PhD. Tapikan, bab PhD tu tak mau sentuh sangatlah, sebab lebih baik rujuk kepada pelajar PhD yang dah "fly"sendiri. Nanti orang ingat Saidah wat PhD pulak..ehehehe...

Biasiswa ("bonded"):

Ada beberapa, seperti JPA (tahun lepas permohonan dibuka pertengahan Julai). Mestilah pemohonan daripada pelajar tajaan JPA sendiri, bidang yang jarang didapati di Malaysia, dan CGPA 3.75 ke atas diutamakan. Maklumat lanjut, telefon pegawai JPA bahagian tajaan yerr. (p/s:dulu selalu la telefon)

Syarikat swasta- korporat seperti MAXIS (untuk permohonan sambung MBA). Untuk makluman, syarat mohon MBA di top universiti memerlukan paling kurang 3 tahun pengalaman. Selain tu, Khazanah Global Scholarship (ada 4 jenis ujian) dan Bank Negara Scholarship. Penting - lihat Universiti mana yang mereka boleh taja (memang top universiti). Macam dulu, Saidah dapat King's College London, Sheffield,..tapi takde dalam senarai...pastu, gagah jugakla mohon universiti lain seperti University College London (UCL)- Dapat tawaran, tapi bapak tak bagi. 

p/s: UCL akan hubungi "referees" kita sendiri. Jadi, pastikan nak cari "referees" tu, yang betul-betul ingat, kenal dan tahu usaha kita. "Referees" - 2 orang pensyarah Universiti kita dahulu.
"I google" jugak Universiti Oxford - syaratnya mahu 3 "referees", lagi pening laa kalau mohon "last minute"

"Convertible Loan"/ Pinjaman Boleh Ubah - MARA:

Okey, sekarang dah nak buka (tu cepat-cepat tulis "entry" ni, kot2 ada orang nak mohon). Klik http://www.mara.gov.my/- ada syarat untuk memohon. Untuk makluman, tahun Saidah tak ada ujian, interview apa semua..rezeki Allah nak bagi, mohon je, tup2 dapat maklum balas anda boleh ke luar negara..hehehehehe...sebelum ni, memang ada ujian IQ, interview ape semua...

Ikut pengalaman dan perbincangan dari MARA "scholars", sesiapa yang layak (wajib tengok syarat mohon MARA dulu), boleh cuba untuk mohon di "website", fill up the necessary forms, even though you have not applied any universities yet. Lepas itu, cepat-cepatlah mohon universiti yang anda mahu tu. Penting- tengok "ranking" dan "subjects of interest". Kalu tak, baik belajar dalam negara je.

Nak hubungi MARA ni, memang kena turun naik pejabat Tingkat 3 sendiri. Nak telefon? tak payahla..pegawai2 susah nak angkat - faham sebab permohonan banyak. Lagi puas hati. Emel pun boleh jugak. Carilah no. telefon pegawai kat "website". Memang usaha sendiri kena banyak & rajin-rajinkan diri anda. Diri sendiri nak sambung belajar kan? Usaha yang susah tula akan terasa kemanisannya bila impian jadi kenyataan.

Ape lagi ye....sambung kat "entry" lain la pulak...
p/s: satu persatu...

Rujukan:


No comments: