Pages

Saturday 13 April 2013

Jadi Business Mentor kat Forrester High School selama sebulan! Mencabar betul.

Kali ni, memang nak cerita pengalaman mengajar anak2 orang putih. Owhh, mencabar..sebab bahasa dan ini satu pendedahan yang sangat baru untuk alam persekolahan di sini..Antaranya, pelajar-pelajar yang berumur 14 tahun (7th grade) yang sangat stylo - datang sekolah bermekap tebal dan fesyen rambut yang pelbagai - bagi  pelajar perempuan dan fesyen rambut ala-ala Elvis Presley pelajar lelaki...dengan Slang Scottish yang pekat, memang ha, ambik!!struggle nak kawal bebudak ni....selalu pesan pada diri "keep motivated Saidah, you can do it!"

Projeknya: Business Mentor for Citrus Saturday  (20 Mac-20 April)

Projek kerjasama dengan City of Edinburgh Council

Pada pertengahan Januari, ada satu emel masuk dari EUSA (macam perwakilan pelajar universiti), tarikh tak ingat, bertanyakan sesiapa yang berminat untuk jadi business mentor untuk "high school" yang syaratnya adalah pelajar Business School untuk mengajar dan "lead" segala-galanya pasal "enterpreneurship" /keusahawanan. Apalagi, prinsip Saidah, pengalaman kat sini yang pelik2 n mencabar patut dikejar.hehe...lagipun, boleh tambah kenalan dan banyak boleh bercerita kat famili pasal kat sini..setidaknya, takla datang sini semata-mata menghadap buku je kan..sebab ilmu datang dari macam-macam cara...hehe..

Ape itu? Business Mentor dalam Projek Citrus Saturday?

Yup...Citrus Saturday adalah projek yang berjaya dilaksanakan pada 2011 di London dan pada tahun lepas (2012) di Edinburgh dengan kerjasama University College London (UCL). (Sebut UCL, sayu je..huhu..sebab offer yang diterima dulu memang bagus - International Double Masters)...

Sorry, sambung lagi..hehe..emo kejap..projek Citrus Saturday adalah salah satu projek daripada "Open Innovation" melibatkan 5 buah sekolah tinggi di Edinburgh, dengan 16 orang mentor, termasuk Saidah. Menariknya, projek ini adalah projek dalam ekperimen untuk melihat konteks entrepreneurship dengan penglibatan menyeluruh dan sokongan padu daripada institusi-institusi dan masyarakat. Dengan biayaan daripada European Union (EU), Edinburgh adalah ketua dalam eksperimen ini...perancangan mereka, projek seumpama ini akan diperluaskan di 5 negara sasaran iaitu UK, France, Germany, Belgium dan Ireland.

Untuk rujukan lanjut, boleh lihat di sini: Testimoni daripada salah seorang peserta High School http://openinnovationproject.co.uk/dev/index.php/case-studies/citrus-saturday-josh


Penglibatanku...

~ Menjadi PVG member

Okey, 1st step, officer City of Edinburgh Council hantar emel, yang peserta dikehendaki datang ke "Council's office" untuk "The Protecting Vulnerable Group Scheme (PVG) check". Di UK, ada sijil PVG melayakkan anda masuk mana-mana program volunteer dan memang diiktiraf sebagai 'bertauliah' untuk mengendalikan kanak-kanak, orang-orang tua dan sebgainyalah yang termasuk dalam kerja-kerja komuniti.

Pengalaman untuk Bengkel Pertama (20 Mac 2013)

Dengan kesibukan kuliah dan assignments, Saidah "last minute" kontek 3 orang lagi Mentor yang dapat sekolah Forrester. Jadinya, dorang tak perasan emel Saidah. No. phone dorang pun tak ade masa tu. Alkisahnya, pergi sengsorang la ke sana...dari Universiti ke sana, ambil masa hampir 40 minit! jauhkann...jadi, naikla bas. Hari itu hari Allah nak uji di bumi Edinburgh, Saidah sesat! sebab dah pesan kat pemandu bas, bagitahu Saidah bila sampai kat "bus stop" yang dekat dgn sekolah tu..tapi tup2, dia kata, "Hi, I am sorry, I forgot to tell you"..so, what???Saidah kena turun dan jalan kaki,.10 minit katanya,..gerammm betull masa tu..Saidah turun dan tengok sekeliling, takde bangunan2 kiri kanan, kereta pun jarang2..mcm highway kat hujung bandar!..dh nak wat camna, jalan jelah, sambil salji turun (sejuk masa tu), sambil tu memang dah nangis sebab geram Saidah boleh lewat sampai untuk hari pertama...Akhirnya, sampai jugak setelah setengah jam jalan kaki. Mujur Allah tolong dengan menemukan 2 orang pejalan kaki di kawasan yang sunyi itu,..sangat tak sangka..Alhamdulillah..Ok, tu cabaran pertama.



Bengkel Kedua (10 April) - cuti lama dari minggu pertama sebab Cuti sekolah "Easter break"

Tugasan kali ini lebih menarik, business mentor perlu memastikan pelajar-pelajar menghasilkan minuman sendiri dengan kreativiti masing2. Bahan-bahan mentah disediakan, iaitu:

- buah lemonade, oren, strawberi, limau nipis gula, dan air

Untuk makluman, pelajar - pelajar ini sangat nakal. Kata- kata cikgu mereka sendiri mereka wat tak endah. Siap gaduh lagi depan cikgu sebab tak puas hati potong tak buah tak betul..apela dorang ni..tak matang tapi wat2 matang...haha..yang part kelakar, lepas buat minuman masing2, cikgu dorang bagitahu akan ade 15 pengadil/tester untuk mengadili minuman yang terbaik antara 2 kumpulan.  Tup2, datang pengadil2 tu, adalah budak-budak kecil yang sangat comel..serius comellll betul! dorang sangat "innocent" - dalam umur 8 tahun, datang untuk minum je.haha...Cara pendidikan di sini sangat suka memuji orang. Memang sangat perasan, dari mula aktiviti, setiap gerak kerja, cikgu yang memantau puji setiap sorang melambung tingginya. Bagi kita, tak ada ape pun. Budaya kat sini, mereka akan memuji dengan penuh "facial expression". hehe...Tugas Saidah, kena pastikan keadaan dan aktiviti berjalan sebagaimana yang diberi panduan oleh "officer Edinburgh".

Gambar bilik darjah:





Bengkel Ketiga (17 April)

Akan bersambung...tugas kali ini adalah berkisar strategi "Sales and marketing for the drink". Nanti 20 April kena menjual di shopping centre kepada orang ramai. Jadinya, penting untuk pelajar-pelajar ini bermotivasi untuk strategi jualan mereka nanti.-)





No comments: