Pages

Saturday 29 June 2013

Hari ni hari Graduasi pelajar Ijazah The University of Edinburgh!

Hari ni "housemates" ajak. Jom tengok Hamimah konvo. Okey, pukul berapa? 4.30 petang. Okey, set.

Saidah nanti konvo Master bulan November 2013. " Baik ko konvo la Saidah kat sini. Bukan senang nak konvo kat oversea pulak tu." Huhu.. Takpelah korang konvo la. Saidah habis master hujung bulan Ogos. Tak nak la bayar rumah sewa bulan September, Oktober, November. Kerja? Hurm., rindu famili dowh...lagipun banyak urusan untuk diselesaikan. Lapor diri kepada MARA, JPA hujung bulan September. Bulan Oktober, ade orang nak jumpa. Hahahah...

Tahniah Nurhamimah Zainal Abidin. Dia grad Ijazah Bioteknologi, tajaan JPA. Walaupun 2nd class, dia dapat offer buat PhD terus, sebab supervisor dia beria usulkan nama dia. Research dia bagus. Rezeki dia, alhamdulillah. Seorang yang sangat rajin mencari dan hadir kelas-kelas agama di UK, ringan tulang, baik dan peramah dengan semua orang tanpa mengira bangsa.

Ada seorang yang grad dengan 1st class, Fuad namanya, dalam Chemistry di University of Edinburgh. Wah, hebat sangat!!! Universiti ni nak jaga reputasi top 50 World ranking, memang susah nak bagi markah tinggi.

Ni gambar sekitar konvo tadi, 29 June 2013.



TAHNIAH kepada yang berkenaan!^^

No comments: