Pages

Wednesday, 24 July 2013

Itu jodoh kita. Tak pernah yang kita sangka. Cinta antara benua dan PJJ!

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...





Entri kali ni, memang dah teringin lama nak cerita...rasanya kisah ni, kisah yang di drama atau boleh buat filem..Apa yang Saidah lalui sendiri tanpa melalui berkapel, maksudnya bercinta selepas dilamar:)


Setiap orang pasti mengharapkan mereka bertemu jodoh, dengan orang yang tepat dan dapat bersama-sama membina hidup ke arah yang lebih baik selepas mereka diikat dengan ikatan yang sah.


Usaha - usaha untuk mendapat jodoh:
  • Solat istikharah, sebelum dan selepas bertemu atau dilamar seseorang. 
  • Amalkan doa dari surah al-Anbiya': ayat 89: "Rabbila tadzarnii fardaan wa anta khairull wa risyiina" yang bermaksud: " Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik".
  • Melengkapi diri dengan bermacam-macam ilmu ke arah menjadi individu yang lebih baik. Contohnya bagi perempuan, mengaji, tambah pengetahuan agama, ada kemahiran menjahit (yang asas pun memadai), memasak, stabil EQ, kewangan, sosial, dan macam-macam lagi.
  • Refleksi bakal jodoh kita adalah diri kita. Kita mahukan orang yang baik, dan jodoh seperti itulah kita akan dapat.
  • Berusaha. Jika ada orang yang mahu berkawan dengan anda, tak perlu menjual mahal atas konsep saya anti-lelaki dan pemalu. Manakan dapat jika hanya sebelah pihak yang berusaha, bukan?
  • Mohon doa ibu bapa. Ibu bapa tahu yang terbaik untuk anaknya. Jika datang seseorang dalam hidup anda, jika ibu bapa dapat merasakan anda tidak sesuai untuk berpasangan dengannya, maka firasat dan gerak hati ibu bapa itu adalah benar. Jika tidak berjodohan dengannya, insyaAllah akan datang yang terbaik untuk anda susulan selepas itu.
  • Sentiasa positif terhadap perkara dan orang sekeliling. Jika ada program komuniti, ringankan tulang anda untuk membantu. Suatu hari nanti, mungkin jodoh anda bertanyakan kepada orang yang berdekatan anda tentang perangai dan akhlak anda.
  • Merapatkan silaturrahim antara saudara-mara. Saudara-mara anda adalah orang yang paling boleh dipercayai selepas ibu bapa/ adik-beradik anda. Mereka akan gembira dan mendoakan kebahagiaan anda. Bukan itu sahaja, mereka akan menggembirakan ibu bapa kita juga, mungkin dengan menghulurkan bantuan fizikal atau kewangan untuk majlis bahagia kita nanti.
  • Perkenalkan dia kepada ibu bapa samaada gambar/ fb/ blog dia dsbgainya bergantung kesesuaian keadaan. Jika ibu bapa kita kata yes, maknanya gerak hati mereka betul untuk kita.:)



 Haa, anda ragu dengan tips di atas? Saidah ingin menulis pengalaman sendiri, sebab terlalu banyak kebetulan sejak dari dahulu lagi. :)

2008: Saidah menyertai program Latihan Intensif Bakal Komander Zon Utara (LIBK) sebagai bakal komander kesatria di UiTM Perlis. Mungkin dia dah ada, sebab dia adalah senior komander kampus yang menjadi host tu.

Ringkasnya, sejak 2009 kami pernah bertemu. Hanya disedari dalam sekeping gambar, dan ingat-ingat muka (dialog: eh, macam pernah nampak, tapi lupa kat mana). Ketika program Kursus untuk Bakal Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi zon utara di Perak. Saidah mentee dan si dia adalah mentor, kerana si dia sudah pun berjawatan MPP pada waktu itu.

Tahun 2010 pula, bertemu di program LIBK di UiTM Perlis. Kali ini, Saidah sebagai komander pengiring mewakilkan UiTM Kedah. dan dia adalah komander yang me-"host" kan beberapa program sepanjang 2 minggu latihan diadakan. Pernah berbual, and getting to know his name, his studies and general things. No love or special feeling existed between both of us. And one thing, he already in a relationship with his girl. Just be there, and enjoyed my time there so much.

Tahun 2011 pula: We met again, in Bank Islam headquarters. Prior to that, I asked him if he got interested to join Bank Islam in a special programme to top students who hold CGPA 3.5 and above. I asked him because I knew he was the best student alongside with his outstanding leadership achievements during his degree. Accidentally, we met during the interview session. He talked too much. Haha. I knew he is a sincere guy when he showed to me his resume and said this and that. He is an honest guy. We had our lunch together and that was the last time we met...

22 January 2013: He texted me first. After a long silence. Wah, he is in Malaysia, and I am living in UK! The text was "do you want to marry me?" Haahaha! So, it was the beginning of our beautiful relationship. InsyaAllah until jannah. So my fellow lovely readers, bagaimana Saidah pasti itu jodoh yang Saidah nantikan selama ini, Saidah memmang buat 9 tips di atas!hehe..Kerana Allah juga. Dan Dia lah sebaik-baik perancang. Doakan urusan walimatul urus kami dipermudahkan usai Saidah balik Malaysia.

Marriage advice from a Muslim mother..


Niat Saidah hanya mahu berkongsi, yang mana baik boleh dijadikan panduan dan yang mana buruk boleh ditinggalkan, untuk dijadikan peringatan/sempadan.

Sekian...

Hot.FM request untuk buat ucapan salam perantauan. Lawak boleh?hehehe

Salam.

Lama tak update entri..pagi semalam Saidah bangun pagi, terima beberapa emel yang sweet gitu.
Haa, salah satunya dapat emel dari Hot.FM. Katanya, ucapan Saidah yang tersiar di Berita Harian terpilih sudah..jadinya, die nak buat rakaman dalam segmen tajaan. Alaaa...Hot.FM ja perasan. Famili member tak perasan pulak ucapan Saidah tu..hehe..gedik kan. TQ Hot.fm sbb nak bagi suara saidah pulak disiarkan.

DJ tu call pkul 6 petang waktu Malaysia. Selepas exchange emel sebanyak 9 kali. haha. Tak formal pun. So kat sini, 11 pagi waktu UK. Mula-mula testing..Haa, eh2,,kata die, Saidah mood ceria. Ceria pulak ucapan tu. Eh, awatnya? Tak boleh kite ceria ke ucapan tu?haha..

Pastu die tunjuk contoh. Laa sedih la ni nada dia? Haah, kata die. Okey, saya baca mendatar la camtu. Baik, kite cuba yang sedih.

Lalala..baca la mendatar. lenggang lenggok sikit. Memang tak sah kalau tak bergaya.hihi. Sebelum tu die bagi skrip. Cam kat bawah ni..lawak je rasa..


heehe...camtu la ceritanya...kenangan manis belaka sepanjang belajar kat sini. Wink2:)

Selamat berpuasa pada pertengahan Ramadhan iniiii...=D

Wednesday, 10 July 2013

Puasa di Edinburgh, UK - 19 jam..Terliur je korang post makanan macam2 dari bazar Ramadhan

Kali ni entri sebab homesick! Ohho lamanya puasa di sini..

Rutin kami, bersahur sebelum 3 pagi..Jadi, kalau menapak berterawih ke masjid (gambar), isyak masuk pukul 11 malam, dan habis berterawih dalam jam 12.30 pagi..balik rumah terus sediakan makanan untuk bersahur. Takpun, tegukla sepanjang waktu untuk minum air bergelen-gelen. hahah...


Lepas solat berjemaah dengan seisi rumah, dengan waktu sendiri (ayat tentera) kami pun tido. Kiranya, kami akan tido lepas subuh. Bangun pulak, pukul 8-9 pagi. hoho..sebab kami kat sini tido dalam jam 4 pagi camtu.Pening jugak tu..sebelum menjelangnya bulan Ramadhan..fikir-fikir, camne la nak ubah waktu ni..tapi, alhamdulillah setakat ni okey je. Waktu sekarang, summer..jadi, dugaan makin hebat..sebab panas dia, sangat membahang..kalau keluar, boleh tengok mat saleh tak pakai je baju..yang perempuannya, seksi betul...

Semasa winter, bulan November-Januari, waktu malam pulak sangat panjang... Kami akan menjamakkan waktu..sebabnya, subuh biasa dalam pukul 7 pagi baru masuk..Zuhur pulak, sejam je beza, terus nak masuk asar. Asar pun awal la..tak silap, masuk pukul 2.30 petang...

Dan seterusnya, kisah maghrib dan isyak pun kami jamak semasa winter...Bila ada kelas, memang kena pandai-pandai curi waktu...Saidah selalu je solat kat bilik perbincangan atau tangga di fakulti (ambil wuduk dalam washroom) kalau tak sempat ke masjid kejar berjemaah.

Summer

Berbalik kepada summer, memang sekarang ada summer sale. Tetapi, berbaloi lagi barang dibeli waktu winter sale. Harga jatuh berganda-ganda. Sekarang ni pun, asyik turun ja harga. Bagi Saidah, berbaloi juga beli season sekarang, sebab bajunya boleh dipakai untuk cuaca yang panas di Malaysia. Haa, gambar kat bawah ni semasa keluar petang semalam. Shopping. Panas betul...




Jadi, sekarang Saidah nak senarai barang-barang yang sale di UK ni,..mahal di Malaysia:)

  1. Branded perfume (preferred di http://www.cheapsmells.com/. Mahal la sikit di http://www.theperfumeshop.com/)
  2. Kasut, sandal di Clarks, dan banyak lagi.
  3. Beg dan baju-baju seperti Ted Baker London, Radley, Fossil, H&M, dan banyak lagi.
  4. Jam tangan berjenama seperti Fossil, Guess, dan banyak lagi.
  5. Barang-barang untuk dapur seperti jenama Tefal, Russel Hobs, dsbgnya.

Ahah, tu je la Saidah boleh senaraikan. Sebab Saidah kaki jalan, bukan kaki shopping. Hahahaha. Jenama-jenama ni kalau tak de keperluan, Saidah memang tak beli. Suka je beli yang biasa-biasa. Kalau hilang ke, kena curi ke..tak la sedih sangat. Lagipun, duit tu boleh guna untuk macam-macam lagiii... Setuju takk.hehe..

Barang-barang yang kat atas tu ada la dalam list dah dibeli pun. Sekali ni je kot., pasal nak wat hantaran kahwin. Hehe. Kalau nak beli lagi, kat Malaysia pulak tu, hadoih, memang takkan la.. mahal berganda darab 5 tau.=)

Okey, setakat ni dulu. Selamat berpuasa ya..


p/s: baru hantar ucapan Salam Perantau di kosmo, berita harian, dan harian metro. Kalau terperasan, bagitau ye. hehe...

Sekian.

Wednesday, 3 July 2013

The Challenging World oleh Jim O'Neill: Di mana Malaysia untuk visi 2020?



Semalam, 2/7/2013 Saidah hadir 'talk' bertajuk The Challenging World: The BRICs and the Next 11s yang disampaikan oleh Jim O' Neill, former Chairman Goldman Sachs Asset Management. Di bawah antara sebab kenapa Saidah selalu hadir siri 'talk' oleh Asia Scotland Institute. 

Untuk pengetahuan, Asia Scotland Institute adalah institusi yang ditubuhkan dengan dasar pemikiran Adam Smith, 'economist' popular yang dilahirkan di Edinburgh, bertujuan untuk menjadi pemikir ekonomi Scotland, khususnya bila Scotland jadi berpisah dengan England.



"Jim O’Neil, former Chairman of Goldman Sachs Asset Management and the creator of the term BRICs will be at the Business School  of Edinburgh University. This is an opportunity not to be missed by anyone interested in the challenges of the Asian markets and a chance to hear and meet one of the leading economists and thinkers in the world.

BRICs merujuk kepada negara yang sedang berkembang pesat dalam pasaran market antarabangsa: Brazil, Russia, India dan China. Bagaimanapun, pendapat-pendapat terbaru menyenaraikan the Next 11 (N-11), yang mengikuti di belakang BRICs. N-11 terdiri daripada Bangladesh, Egypt, Iran, Indonesia, Mexico, Pakistan, Philippines, South Korea, Turkey, Nigeria dan Vietnam. Senarai N-11 dikenalpasti oleh  Goldman Sachs investment bank and economist Jim O'Neill dalam kertas pembentangannya - sebagai negara berpotensi tinggi di belakang BRICs, negara-negara ekonomi terbesar dunia menjelang abad ke-21.
"Goldman Sachs has adopted the term "Growth Markets" to describe some of the world's most dynamic and fast-growing economies.  Some of these markets are already transforming the global economy; others offer the potential for significant growth in the coming decades."




Anatar initipati perbincangan dan pembentangan oleh Jim O'Neill:
  • Pertumbuhan ekonomi yang pesat tidak hanya berdasarkan negara yang penduduknya ramai seperti China dan India, tetapi ditentukan oleh bagaimana produktifnya penduduk di negara tersebut.
  • Contoh terbaik adalah Germany, negara yang terbaik infrastruktur dan budaya kerja rakyatnya. Germany dicemburui negara-negara Eropah yang lain kerana maju, lebih daripada UK.  Kelas Saidah majoriti rakyat Germany, dan berpeluang bersembang banyak perkara. Antaranya, mereka sangat menepati waktu, baik untuk diskusi dan sebagainya. Jika pengangkutan awam di Germany lambat lebih 5 minit, mereka memang tak boleh bertoleransi. Cara kerja mereka juga bagus, waktu kerja adalah masa untuk kerja. Dan jarang untuk mereka balik lewat melewati waktu 'office hours'.
  • Germany, menurut IMF,  berada di ranking pertama Top 20 Wealthiest Nations, diikuti Qatar, Norway dan seterusnya.
  • Di Asia, South Korea merupakan negara kedua Most Inspiring Country selepas Singapore.
  • Di bawah tajuk Growth Markets 2020: The Next 11 tersenarai, termasuklah Indonesia. Tapi, melihat kepada Visi 2020 Malaysia, alangkah sedih Malaysia tidak tersenarai di peta pelaburan antarabangsa.
  • Senarai BRICs dan N-11 adalah berdasarkan Growth Environment Score (GES) yang menyeluruh rangkumannya; iaitu 'Corruption, Rule of Law, Political Stability, Openness, Investment, Government Deficit, Public Debt, Inflation, Life Expectancy, Schooling & Personal'.
  • China, negara yang ke depan dalam ekonomi dunia sekarang, adalah 4% 'growth'- bersamaan dengan 'growth' USA dalam masa 4 tahun.
  • Antara kekuatan China, China mempunyai 'strong decision making'. Lihat sahaja dalam kawalan bank-bank di China, yang dapat mengawal aliran matawang asing.
  • Korea Selatan berjaya walaupun tiada komoditi untuk dipasarkan atau 'natural resources', tetapi mereka berjaya. Bukan kerana faktor negara yang besar semata-mata.
  • Antara faktor kejayaan Singapura, adalah kerana 'good  governance'. Singapura telah sedia lama menarik bakat-bakat dan cerdik pandai daripada Asia Tenggara, kerana salah seorang kenalan Singapura Saidah mengakuinya. Kerajaan Singapura membiayai pendidikan sehingga peringkat tertinggi dan diwajibkan untuk bekerja di Singapura.
  • Selain tu, yang setakat Saidah belajar, Singapura telah ada komuniti Inovasi yang sangat fokus dan menyeluruh dalam Singapura sendiri.
  • Sebelum 'talk' ni, Saidah ada berdialog dalam 'talk -  Global Order and Starategy for the Global Emerging Market' dengan Dr. Vladimir L. Krint, Foreign member of the Russian Academy of Sciences dan member of the Bretton Woods Committee.
  • Dr. Vladimir adalah merupakan salah seorang yang menolong membuat dasar Visi 2020 Malaysia awal 1990-an. Katanya, Malaysia waktu itu negara yang hebat kerana mempunyai 'long term vision'. Adalah terkesan apabila negara sekarang tidak kelihatan dalam merealisasikan Visi 2020 nya.
  • Mungkin benar-katanya "Strategic plan is not strategy, but strategic plan need to deliver strategy".



Sekian.=)

Daisypath - Anniversary