Pages

Wednesday, 24 July 2013

Itu jodoh kita. Tak pernah yang kita sangka. Cinta antara benua dan PJJ!

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...





Entri kali ni, memang dah teringin lama nak cerita...rasanya kisah ni, kisah yang di drama atau boleh buat filem..Apa yang Saidah lalui sendiri tanpa melalui berkapel, maksudnya bercinta selepas dilamar:)


Setiap orang pasti mengharapkan mereka bertemu jodoh, dengan orang yang tepat dan dapat bersama-sama membina hidup ke arah yang lebih baik selepas mereka diikat dengan ikatan yang sah.


Usaha - usaha untuk mendapat jodoh:
  • Solat istikharah, sebelum dan selepas bertemu atau dilamar seseorang. 
  • Amalkan doa dari surah al-Anbiya': ayat 89: "Rabbila tadzarnii fardaan wa anta khairull wa risyiina" yang bermaksud: " Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik".
  • Melengkapi diri dengan bermacam-macam ilmu ke arah menjadi individu yang lebih baik. Contohnya bagi perempuan, mengaji, tambah pengetahuan agama, ada kemahiran menjahit (yang asas pun memadai), memasak, stabil EQ, kewangan, sosial, dan macam-macam lagi.
  • Refleksi bakal jodoh kita adalah diri kita. Kita mahukan orang yang baik, dan jodoh seperti itulah kita akan dapat.
  • Berusaha. Jika ada orang yang mahu berkawan dengan anda, tak perlu menjual mahal atas konsep saya anti-lelaki dan pemalu. Manakan dapat jika hanya sebelah pihak yang berusaha, bukan?
  • Mohon doa ibu bapa. Ibu bapa tahu yang terbaik untuk anaknya. Jika datang seseorang dalam hidup anda, jika ibu bapa dapat merasakan anda tidak sesuai untuk berpasangan dengannya, maka firasat dan gerak hati ibu bapa itu adalah benar. Jika tidak berjodohan dengannya, insyaAllah akan datang yang terbaik untuk anda susulan selepas itu.
  • Sentiasa positif terhadap perkara dan orang sekeliling. Jika ada program komuniti, ringankan tulang anda untuk membantu. Suatu hari nanti, mungkin jodoh anda bertanyakan kepada orang yang berdekatan anda tentang perangai dan akhlak anda.
  • Merapatkan silaturrahim antara saudara-mara. Saudara-mara anda adalah orang yang paling boleh dipercayai selepas ibu bapa/ adik-beradik anda. Mereka akan gembira dan mendoakan kebahagiaan anda. Bukan itu sahaja, mereka akan menggembirakan ibu bapa kita juga, mungkin dengan menghulurkan bantuan fizikal atau kewangan untuk majlis bahagia kita nanti.
  • Perkenalkan dia kepada ibu bapa samaada gambar/ fb/ blog dia dsbgainya bergantung kesesuaian keadaan. Jika ibu bapa kita kata yes, maknanya gerak hati mereka betul untuk kita.:)



 Haa, anda ragu dengan tips di atas? Saidah ingin menulis pengalaman sendiri, sebab terlalu banyak kebetulan sejak dari dahulu lagi. :)

2008: Saidah menyertai program Latihan Intensif Bakal Komander Zon Utara (LIBK) sebagai bakal komander kesatria di UiTM Perlis. Mungkin dia dah ada, sebab dia adalah senior komander kampus yang menjadi host tu.

Ringkasnya, sejak 2009 kami pernah bertemu. Hanya disedari dalam sekeping gambar, dan ingat-ingat muka (dialog: eh, macam pernah nampak, tapi lupa kat mana). Ketika program Kursus untuk Bakal Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi zon utara di Perak. Saidah mentee dan si dia adalah mentor, kerana si dia sudah pun berjawatan MPP pada waktu itu.

Tahun 2010 pula, bertemu di program LIBK di UiTM Perlis. Kali ini, Saidah sebagai komander pengiring mewakilkan UiTM Kedah. dan dia adalah komander yang me-"host" kan beberapa program sepanjang 2 minggu latihan diadakan. Pernah berbual, and getting to know his name, his studies and general things. No love or special feeling existed between both of us. And one thing, he already in a relationship with his girl. Just be there, and enjoyed my time there so much.

Tahun 2011 pula: We met again, in Bank Islam headquarters. Prior to that, I asked him if he got interested to join Bank Islam in a special programme to top students who hold CGPA 3.5 and above. I asked him because I knew he was the best student alongside with his outstanding leadership achievements during his degree. Accidentally, we met during the interview session. He talked too much. Haha. I knew he is a sincere guy when he showed to me his resume and said this and that. He is an honest guy. We had our lunch together and that was the last time we met...

22 January 2013: He texted me first. After a long silence. Wah, he is in Malaysia, and I am living in UK! The text was "do you want to marry me?" Haahaha! So, it was the beginning of our beautiful relationship. InsyaAllah until jannah. So my fellow lovely readers, bagaimana Saidah pasti itu jodoh yang Saidah nantikan selama ini, Saidah memmang buat 9 tips di atas!hehe..Kerana Allah juga. Dan Dia lah sebaik-baik perancang. Doakan urusan walimatul urus kami dipermudahkan usai Saidah balik Malaysia.

Marriage advice from a Muslim mother..


Niat Saidah hanya mahu berkongsi, yang mana baik boleh dijadikan panduan dan yang mana buruk boleh ditinggalkan, untuk dijadikan peringatan/sempadan.

Sekian...
Post a Comment

Daisypath - Anniversary