Pages

Thursday, 2 January 2014

Pengalamanku sebagai Business Development Executive dengan team Mat Salleh (British)

Salam...

Lama Saidah tak tulis entri. Saidah sibuk sangat dengan keje jadik orang yang mengembangkan perniagaan syarikat a.k.a Business Development Executive. Nak sangat kan kejenye, hah, amik keje ni tak semudah yang disangka.

Saidah kerja dengan syarikat subsidiary Formis Resources Berhad, a Public Listed Company iaitu Formis Development Sdn Bhd. Formis Development Sdn Bhd ni melancarkan bisnes telco iaitu OHANA:  http://www.ohana.com.my/. Banyak permohonan yang mereka terima, hanya 4 orang sahaja yang terpilih untuk jadi 1st pioneer - staff pertama mereka. Saidah seorang perempuan dan paling muda. Dua orang adalah Chinese yang baik, Ryan dan Stephen yang dah ada 10 tahun pengalaman kerja. Ryan, seorang pengurus restoran baru balik dari UK dan Stephen, pengalaman as a team leader dalam bank. Seorang lagi adalah Firdaus. Dia a master holder from UK dan dah ada pengalaman 2 tahun dalam bidang nih jugak. (P/S: Stephen & Firdaus quit awal sebab stress.)

Saidah nak share pengalaman Saidah. Buat pengajaran untuk kawan-kawan yang mungkin dapat interview dengan syarikat yang baru.

  • Pastikan hari pertama kerja, u dapat official letter untuk u sign straightaway. Kalau u kena pergi training dia dulu, pastikan ada elaun/ bayaran sebab kita akan komited dengan syarikat tu. P/S: Saidah pernah jadi HR, dan perkara ni adalah serius HR akan utamakan untuk staff baru. Jadi, kalau sebaliknya berlaku, Saidah nasihatkan cari lah peluang yang lain.
  • Bekerja dengan British, mereka baik dan tidak akan mudah menghukum staff (lebih bersopan kalau bagi arahan & warning). Tapi jangan lupa, kita pun cerdik. Mereka tak sangat memahami "business culture" di negara ni. Kita harus bagi "suggestion & advise" kalau kita ada pendapat. "For me, if they don't do what business should do, it is okay but make sure you find their justifications on why they don't adapt what the business should do". Kita akan dapat 2 perkara: 
    • 1) Syarikat ada "hidden" problem
    • 2) Kita boleh belajar kenapa company itu buat camtu..& kenapa company buat camni
Untuk pengetahuan, OHANA memang ada pakej yang menarik untuk bisnes. Tapi kebajikan staff harus dititik beratkan, dengan kata lain "if you want your staff to perform well, make sure they are well treated". Macam kes Saidah, macam mana Saidah nak yakinkan beratus-ratus clients kalau syarikat tak meyakinkan Saidah tentang produk mereka sendiri. Minggu ni cakap lain, 2 minggu lagi cakap lain. Lama kelamaan, orang akan hilang kepercayaan dan akan jadi sangat kecewa jika cakap dah lain sebab pada permulaannya, Saidah sangat sukakan produk, team & syarikat ni.

Kesimpulannya, pastikan dahulu kebajikan kamu terjaga kalau kamu dapat "offer" bekerja. "Check" dulu dalam "employment letter" apa yang kamu akan dapat. Adat sistem kapitalis dalam dunia bisnes, selagi tiada "black & white", mereka boleh putar balik jika kita tak menunjukkan kita seorang yang "pandai". Saidah boleh bagi komitmen 200% tetapi bab macam ni, bila kita dah hilang kepercayaan, nak kerja pun takde semangat dah.

P/s: Saidah dah pergi jenguk banyak SME's di KL ni. Macam kerja seorang menteri. Memang membimbangkan, majoriti bisnes, tuan punya adalah orang Cina. Mereka tak nak kerja makan gaji. Bisnes boleh menjadikan mereka bertambah kaya & elak bayar cukai. Staff adalah orang Melayu. Orang Cina rajin sangat. Orang kita boleh tapi kena lebih berdaya saing.

Sekian. Entri awal tahun 2014. Semoga memberi pengajaran yang berguna.
Post a Comment

Daisypath - Anniversary