Pages

Saturday, 15 February 2014

Persediaan perkahwinan a.k.a persediaan ke alam rumahtangga

Alohaa..!!

I am back!!! Utuk menulis dan berkongsi persediaan untuk bakal raja sehari yang dah tak sabar-sabar untuk hidup dengan prince charmingnye. ^^



Sekarang penuh aktiviti setiap hujung minggu. Contohnya, minggu keempat last sebelum kenduri kahwin Saidah (kira sebulan lagi), pi umah bakal mak mertua. Untuk "last fitting" baju dan sekaligus menghadiri majlis kahwin rakan-rakan dan edarkan kad. Minggu depan, masukkan perabot ke rumah sewa baru. Fuhhhh, dah dapat bayangkan ponatnya eden. Ponat bertingkek-tingkek naik tangga rumah "kami" nanti.

Okey sekarang ape yang patut korang bersedia dari segi mental, fizikal & kewangan:

4 @ 3 BULAN sebelum majlis:

    1. Periksa di "website" majlis agama daerah negeri anda & pasangan. Apa "requirement" untuk ambil dan serahkan borang nikah. Macam Saidah di Terengganu, anda atau wakil boleh ambil borang dengan bayaran RM2 dan staf di situ akan sediakan "checklist" apabila anda serahkan borang nikah. Tunang Saidah di P. Pinang kena temuduga dowh. Tapi yang lawaknya, mudah sahaja t/duga tu sebab soalan & jawapan disediakan.
    2. P/s: Ujian HIV boleh disiapkan setengah hari sahaja. Kepada yang susah nak ambil cuti, "half-day off" pun boleh buat di klinik kerajaan. Datang awal pagi.
    3. Untuk kami yang masing-masing jauh, 2 minggu tunang Saidah dapat borang kebenaran bernikah. Lepas dapat je, encik tunang passkan kat Saidah pulak. Kena tunggu lagi 2 minggu untuk si pompuan dapat borang dibenarkan bernikah. Lama kan? Kan?
2 BULAN sebelum majlis:
  1. Sepatutnya, dah mula cari rumah sewa untuk bakal famili kamu. Alhamdulillah, Saidah dapat yang dekat dengan pelbagai kemudahan awam dan murah dari harga pasaran sebab cari awal. Tak yah biarkan lelaki yang cari, sebab dorang suka wat kerja "last minute". Hahahaha.
  2. Perabot dan kelengkapan rumah: Ada baiknya kami dah war-warkan awal kat member2 kami yang kami nak kahwin. Sebab? Sebabnya kami dapat harga yang sangat berbaloi untuk set; sofa besar, peti sejuk 2 pintu Samsung, mesin basuh Automatik yang semuanya ada "warranty" 2 tahun lagi, rak buku/ perkakasan, tilam "queen" plastik pun tak cabut lagi. Alhamdulillah, semua baru dan member encik tunaang nak "trade-in" sebab dia pindah jauh KL ke Penang. Yang bagi kata putus nak perabot tu semuaaa adalah Saidah! HEHE yang tu best kalau dapat tunang yang sporting & memahami.
1 BULAN nak kahwin:
  
         Haa, nak tips bakal pengantin? Saidah sarankan anda khatam Men Are from Mars, Women Are from Venus by John Gray.  Seterusnya, tonton "online" Making Marriage Work by Yasir Qadhi dan Saidah baca Kado Pernikahan versi indonesia. P/S: Terima kasih kepada "ex-housemate" Saidah, Zulaikha Hamzah yang suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan Saidah. Dia yang bagi "softcopy" yang Saidah sebutkan neyh. 
         Lagi??? Okay, uolss download APPS kat  Google Playstore : Permata Yang Hilang by Ibnu Yusof. Ops, yang ni sangat "detail" bab suami isteri. Baca untuk yang nak dekat kahwin je tauu!! 18SX! Hahaha. 




Ok ya, ni Saidah berkongsi dengan pembaca-pembaca yang mungkin "blurr" untuk berkahwin. Harap membantu ye. Semoga urusan saya dan anda dipermudahkan. AMINN!@_@

Daisypath - Anniversary