Pages

Thursday, 1 January 2015

Entri tahun baru

YEAYYY!!!
Yeayyy sebab baru ada masa untuk tambah post! Hihi..berhabuk habis blog niii...=p

Terima kasih kat a few of visitors sebab sanggup emel untuk bagitahu "akak lama tak update blog".. behehehe..terharu gitu..

Sekarang my pregnancy dah nak masuk 8 bulan. Cepatnyaaa masa berlalu kan. Tahun baru 2015 ni meninggalkan banyak suka dan duka sepanjang tahun 2014..suka tu sebab dah kahwin & dapat lakii..haha..duka tu biasalah, dugaan hidupp when age begins at 25 years old.

Set baby dan berpantang semua dah beli. Pergi MidValley Baby & Mum Expo haritu masa bulan 11..memang sangat puas hati sebab banyak dapat gifts..memang highly recommended untuk pergi bawak bala tenteraa sebab akan dapat gifts bila tunjuk I/C!



Hhehehe..ni gambar yang ada masuk dalam majalah alumni universiti...haaa, semua dia rangkum, I got married and I am mother-to-be..hehe..siap I buat Frame besar gitu..nanti nak tunjuk kat anak-anak yang gambar mak pak dia dapat liputan kat luar negara..=p

Ok lah, nanti I update lagii yaa..ni ada masa sebab hubby pergi jadi sukarelawan bencana banjir di Kelantan..Naik lori dengan geng dia..katanya, rumah memang ranap dan amat sedih dia tengok...huhu...


Haa, ni belanja gambar di Mom and Baby Expo di Mid Valley hari tu...beg kaler kuning tu hadiah daripada penganjur yang ada macam-macam hadiah contohnyalaa pampers, tuala baby, mandian kecik tu, susu baby, mug, dan bantal baby. Nak dapat hadiah ni, kami beratur panjang laki bini. Untung kalau bawak tentera kita lagi., kalau nak dapat banyak gifts la..hehe.

Ok, nak mandi dan makan dulu,. Kesian kat baby ni...dah kuat tendang mama sebab lapar & mama bucuk,.huhu..
Post a Comment

Daisypath - Anniversary