Pages

Thursday, 15 January 2015

Masalah yang timbul apabila tidak membuat Perancangan Harta Pusaka: Mengapa dan bagaimana atasinya

Tahun 2007 = RM40 billion
Tahun 2012 = RM52 billion
Peningkatan sebanyak RM12 billion atau 30% dalam masa 5 tahun!
harta pusaka
Masalah pengurusan harta pusaka ini semakin membarah di dalam masyarakat umat Islam kita pada hari ini. Jumlah RM52 billion tersebut merupakan harta beku yang tidak dapat disalurkan kepada waris yang berhak menerimanya. Majoritinya merupakan harta tidak alih seperti tanah dan rumah. Manakala harta alih seperti wang simpanan lebih mudah diuruskan.
Apa yang akan jadi kalau seseorang meninggal dunia?
DEATH > NO CLAIM > FROZEN IN FINANCIAL INSTITUTIONS --------------after 7 years---------GO TO REGISTRAR OF UNCLAIMED MONIES (Pendaftar wang yang tidak dituntut)
Maksudnya:
Beku.
Tidak digunakan.
Tidak dapat dimanfaatkan.
7 Sebab Kenapa Harta Umat Islam Beku
1. Waris tidak tahu proses tuntutan
Waris tidak tahu ke mana mereka perlu pergi untuk menuntut harta pusaka tersebut. Kita hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku.
2. Pengurusan harta pusaka melibatkan kos yang tinggi
Mengikut Akta Probate & Pentadibiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut. Kalau harta RM1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah RM50,000. Kos yang tinggi ini menyebabkan ramai waris berputus asa untuk meneruskan proses tuntutan harta pusaka ini. Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka tersebut seperti peguam dan syarikat trustee.
p/s: as-Salihin Trustee Berhad mengenakan caj 1.8%.
3. Tidak ada kesepakatan antara waris
Sekiranya waris bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Lebih parah sekiranya waris bergaduh sesama sendiri berebut harta yang ditinggalkan.
4. Waris tiada masa urus pusaka
Urusan tuntutan harta pusaka ini perlu dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi. Mereka yang bekerja di bahagian ini juga mempunyai waktu pejabat seperti orang lain. Maka, waris perlu uruskan semuanya ketika office hour. Agak susah sekiranya semua waris bekerja secara sepenuh masa dan susah untuk mendapat pelepasan atau cuti bagi menguruskan hal tersebut.
5. Waris tidak tahu hukum faraid
Ilmu faraid ini jarang disentuh dan dikupas secara mendalam samada di sekolah, universiti mahupun di pengajian di masjid-masjid. Ramai yang menganggap ilmu ini tidak penting. Apa yang ditakuti adalah apabila kita termakan hak orang lain secara batil. Haram dan berdosa.
6. Harta yang ditinggalkan kecil
Mungkin anak-anak si mati sudah mempunyai kerjaya sendiri dan berpangkat besar. Apalah yang nak disibukkan dengan sebidang tanah di kampung. Mungkin itu cetusan hati mereka menyebabkan waris membiarkan sahaja harta tersebut tidak dituntut. Walhal mereka perlu ingat, tanah sekangkang kera itulah yang membesarkan mereka adik beradik sehingga berjaya. Daripada terbiar begitu sahaja, baik tuntut terlebih dahulu. Jika tak mahu, jual sahaja dan hasil jualan tersebut wakafkan untuk membuat masjid dan sebagainya. Pahala wakaf tersebut akan terus mengalir kepada si mati sampai bila-bila.
7. Proses tuntuan harta pusaka memakan masa yang lama
Sebab utamanya adalah tidak ada kesepakatan antara waris atau waris yang berhak menerima sudah meninggal dunia terlebih dahulu. Maka, waris seterusnya adalah anak kepada penerima tersebut yang mungkin sudah ada kehidupan masing-masing di tempat lain. Hendak cari mereka semula itu yang susah dan memakan masa. Tidak ada kesepakatan juga menjadi isu utama. Bergaduh di mahkamah bertahun-bertahun berebutkan harta si mati.
Kesimpulannya, buat persiapan dari sekarang ketika masih hidup. Di dalam bidang pengurusan kewangan, bahagian ini dinamakan estate planning atau wealth distribution. Anda boleh gunakan hibah,wasiat atau faraid untuk uruskan harta anda apabila anda sudah tidak ada nanti.
Jangan biarkan waris kita tidak mendapat harta yang kita kumpul selama ini.
Rujukan:
BAGAIMANA MENGATASINYA?
Selain Amanah Raya Berhad, pakar perancangan harta pusaka Islam yang lain adalah as-Salihin Trustee Berhad. 
Penting untuk anda membuat perancangan harta pusaka atau wasiat jika anda; 
  • Samada pihak suami atau isteri, mahu memberi lebih bahagian harta/aset kepada pasangan?  (isteri hanya dapat 1/8 sahaja jika mengikut prosedur biasa/faraid)
  • Wanita yang sudah berkahwin (jika BERMADU atau untuk memudahkan tuntutan harta sepencarian)
  • Mempunyai anak-anak perempuan sahaja/tidak ada anak lelaki
  • Tidak mempunyai anak dan mengambil anak angkat (anak angkat tidak boleh mewarisi harta peninggalan si mati)

Contoh aset: 
  1. Rumah (beli selepas berkahwin)
  2. Saham
  3. Polisi insurans
  4. Akaun simpanan
  5. KWSP
  6. Unit Amanah


 


Anda boleh rujuk Q & A mengenai faraid di link ini:
Sebarang pertanyaan atau berminat membuat perancangan harta pusaka, boleh hubungi saya.

Nota: Penulis adalah penasihat kewangan bertauliah daripada CIMB-Principal Asset Management yang juga bertauliah untuk membantu anda menguruskan harta dengan "Islamic Estate Planning" di bawah pentadbir as-Salihin Trustee Berhad. Hubungi saya 019-2779757 atau email di saidah.cimbprincipal@gmail.com

Post a Comment

Daisypath - Anniversary