Pages

Thursday, 9 April 2015

Pengalaman bersalin anak sulung yang dipermudahkan

Alhamdulillah, saya dipermudahkan untuk melalui saat-saat bersalin bersalin anak sulung. Bagi saya Allah mudahkan kerana:
  1. Hanya 3 jam di Labour Room di wad bersalin.
  2. Saya bersalin normal dan ditemani suami dari A-to-Z yang sempat drive dari KL ke Hospital di Kuala Terengganu.
  3. Saya hanya merasa betul-betul sakit contraction pada bukaan 6 cm. Bukaan 4 - 5 cm masih biasa, tiada sakit contraction dan berselera makan nasi bungkus mintak mak belikan.
  4. Susu dada saya melimpah keluar sejak 2 minggu sebelum bersalin (colostrum) sehingga basah baju. Anak saya keluar je boleh menyusu badan.


Sebelum lupa, haa nih nak kongsi saat-saat saya melahirkan anak sulung supaya senang nanti saya nak ingat balik ;p

Rabu: 18 Mac 2015

12 pagi : Tengah baring nak tido, terasa ada air keluar, (berlengas orang pantai timur kata), tak banyak pun dan tak sakit. Macam shhhh, rasa terkencing tiba-tiba macam tu. Beritahu kat mak, haa..mak kata itu tanda bersalin tu. Itu lah air ketuban. Perasaan? Rasa happy jugak sebab akhirnya tanda yang ditunggu dah keluar. Hehe.

1 pagi : Mula rasa sakit kat bawah. Rasanya inilah contraction sebab sekejap tapi kerap. Sebelum ni banyak dah dok google kat blog tentang rasa sakit nak bersalin, haa memang camni lah sakitnye. I pun download application kat Google Playstore “contraction timer”. Nak rekod berapa lama sakit setiap kali contraction.

3 pagi : Mak tido kat sebelah (sebab suami masih di KL tak tahu ape-ape). Hehe tenang dan best sangat bila sakit contraction datang, dapat pegang tangan mak dan sakit tu pun hilang. Macam tak sakit sangat pun, rasa sakit kena gigit semut kerengga je sakit contraction tu. Berguna tau apps contraction timer tu. Sedar tak sedar, baru perasan yang sakit tu makin kerap, setiap 5 minit – 10 minit dan tempoh sakit datang dalam 1 minit.

6 pagi : Tengok jam, laa hari dah nak masuk subuh rupanya. Bila sakit sikit-sikit, kita pun tak sedar time flies very fast. Tapi yang pasti, semalaman I ngan mak tak tido rupanya. Mak tak merungut pun, setia je usap anak dia bila datang sakit yang lama tu.

8 pagi : Abah beli nasi dagang kat kedai dalam kampung ni haa. Mak kata tak petang ni, malam nanti bersalin la tu. Hehe..masin sungguh mulut mak tau. Whatssap nurse klinik desa, Su namanya. Kate die, datang klinik pukul 8 pagi lebih boleh? Kita request dia datang rumah tapi sekali kena g klinik daa untuk nurse check bukaan (cm).

9 pagi : Kat klinik, dengan lambatnya, hampir pukul 10 nurse seluk tengok bawah. Sorang nurse tu, kata I ni keputihan kot. Sebab sebelum ni ade rekod mengadu keputihan kan. Huhu. “Tak la nurse, saya sakit nak bersalin nih sebab air berlengas dan saya tak tido, sakit contraction kerap semalam”. Huhh..sabar je la. Akhirnya, nurse tu cakap ikut tangan dia, baru 1 cm. Nurse Su cadangkan pergi ke klinik daerah untuk jumpa doktor untuk admit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah sebab dah terlebih hari, 40 minggu 6 hari. T_T.

11 pagi : Standby beg dalam kereta, dan bagitahu suami untuk get ready. Biras cakap anak sulung untuk buka 1 cm lambat...Dalam blog pun cakap bukaan 1 cm ambil masa 1 jam untuk anak sulung.
Tapi Alhamdulillah, dengan takde rasa sakit langsung, mintak mak nak beli air tin dan tawaf 3x klinik daerah tu dulu sebelum masuk, akhirnya jumpa doktor, katanya I dah buka 3 cm. Whatsapp suami, terkejut dia sebab dia baru nak bertolak ke Terengganu pukul 12 tghari nanti.

1 tghri : Sampai Hospital bersalin dengan naik ambulans yang laju macam pelesit kata orang. Dari K. Berang ke K. Terengganu yang ambil masa  45 minit jadi setengah jam ja. Dan dan doktor check bukaan dah 4 cm ke 5 cm. Haha. Rasa terkejut sebab tak rasa sakit pun. Tanya nurse, lepas ni ada makanan tak kat wad? Nurse cakap kes I nih kena admit ke Labour Room (LR) terus. Mak aih..mujur mak ikut naik ambulans. Terus cepat-cepat mintak mak belikan nasi sebab lapar teruk. Huhu.

2 petang : Admitted LR. Doktor check graf CGT, keluarkan air kencing ikut saluran paip kecil (sakit sikit) dan dia pecahkan air ketuban. Rupanya pecah air ketuban tu tak sakit bila dia seluk dan kita rasa air yang banyak keluar. Tapi..lepas tu contraction makin kuat datang. Lepas tu, sempat I telefon suami tanya dia kat mana dah. “Sejam lagi abang sampai, duk drive sehabis cepat dah nih”...

4 petang : Tengah tahan sakit sambil baca doa nabi Yunus, baca surah 3 Qul, dan niatkan sakit ni supaya Allah hapuskan dosa-dosa kita yang dah lalu..membuatkan sakit tu cepat hilang. Dan waktu ni terasa tangan dipegang. Suami dah sampai sambil dia senyum dan pasangkan rakaman mengaji surah Maryam.

Nurse datang. Mintak dia check bukaan sebab sakit sangat. Bukaan dah 6 cm.

4.30 petang : Sakit rasa nak angkat pinggang. Pesan banyak kali kat suami,  “Abang tolong tengok takut sayang terangkat punggung”. Nurse datang check lagi bila cakap sy dah nak berak sangat nih. Bukaan dah 9 cm.

Tak lama tu, nampak satu team datang hadap. Push...push... push...!!!”Nampak kepala anak awak dah tu”. Dapat dengar doktor panggil suami yang ada kat penjuru kepala katil untuk datang ke depan tengok kepala anak. Sekali suami dan doktor suruh teran lagi..sebab anak dah nak keluar.  Yang I ingat, nurse tak putus-putus cakap “sambung...!!”. Memang selama contraction dan meneran tu, I buat deep breath. Tarik nafas dalam..dan lepaskan perlahan-lahan kat mulut.

ALHAMDULILLAH...Aneeqah Farzana, anak perempuan sulung kami selamat dilahirkan tepat jam 5.01 petang pada 18 Mac 2015. Terasa panas darah kat bawah bila baby dah keluar. Cepat ja masa. Terus baby dibawa ke dada kita untuk didakapkan. Yang kelakarnya, mata baby dah celik luas..dan yang ditengoknya, muka papa dia..bukan mama..hehe...

TIPS bersalin saya boleh klik link ni tips mudah bersalin saya










Daisypath - Anniversary